Gagak Yang Bijak....

Pada zaman dahulu, ada seekor burung Gagak yang bijak. Pada suatu hari cuaca sangat panas terik. Sang gagak terbang mencari air. Sang gagak  terjumpa satu kopak air, Sang gagak mula meminum air itu, sedikit demi sedikit air itu telah kering dan Sang gagak masih lagi dahaga.

Sang gagak meneruskan perjalanan untuk mencari air. Akhirya, Sang gagak terjumpa segeluk air. Malangnya, Sang gagak tidak dapat meminum air didalamnya kerana airnya sedikit. Sang gagak tetap berusaha dan berfikir mencari jalan penyelesaian.

Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok dan masuk kedalam geluk air itu. Sang gagak mendapati air di dalam geluk air itu semakin menaik. Sang gagak mendapat satu idea. Sang gagak lalu mengambil batu-batu kecil berdekatan, dan memasukkannya kedalam geluk air satu persatu. Air pun naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air dapat diminum oleh Sang gagak sepuasnya dan Sang gagak tidak lagi kehausan.

Comments

Popular posts from this blog

Merak Hijau, Lambang Keindahan Budaya di Berbagai Negara

GAGAK BERBULU PUTIH

Gagak Pembawa Sial??